Peminat KPop Mengamuk Dengan Mila Jirin & Rody Kristal

tweet kpop

Nampaknya kehadiran kumpulan Suju M ke Malaysia sempena Hari Perhimpunan Sejuta Belia minggu lepas telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan artis-artis Malaysia. Pihak penganjur seolah-olah telah menganaktirikan artis Malaysia seperti yang anda telah baca di atas. Tetapi sayangnya reaksi yang dibuat melalui Twitter oleh sesetengah artis sememangnya agak melampau sehingga menimbulkan kemarahan peminat Kpop.

tweet kpop

Mila Jirin turut terlibat di dalam perang Twitter ini tetapi semasa Abang Nara cuba mengakses Twitter Mila, akaun tersebut telah pun didelete. Mungkinkah Mila tertekan akibat hentaman bertubi-tubi daripada peminat Kpop? Namun begitu Abang Nara sempat membaca beberapa tweet daripada Mila Jiri berkaitan hal ini.

@rodykristal that y i xnak buat event tu.dah lah budget dibawah piawaian.. tak tau lah.kita dah merdeka but still dijajah. i know how u feel

Kelazzzz Kementerian Belia dan Sukan. Hari Belia Negara Malaysia, Artiste Korea Perform!! syabas KBS!!!

tak kisah jugak nak bawa sapa perform di Malaysia sbb kita semua flexible. tp Jgn lah anak watan di tolak kiri dan kanan.. dan malas lah nak ambil tau sangat… ermmm kalau Black eye peace ke beyonce ke rihana dtg kan best peace KPOP lover!!! jgn marah2 xbaik

ish2… macam la ko tak pernah miming kan? wahahahahaha! ko patut pergi SS2 or SS3 ari tu… tgk macam mana diaorang MENYANYI sambil MENARI! XP sesedap mulut ko je cakap diaorang miming huh!? try wat konsert nyanyi 30 lagu… ala…. 20 dah ler… ko jgn miming! ko nyanyi smbil menari smpai…. tak nak la cakap… kang terlebih sudah…

Abang Nara akui memang ada beberapa tweet artis Malaysia yang sememangnya agak melampau yang telah ditujukan kepada kumpulan Suju M. Namun ada betul juga kata-kata Mila tentang kenapa perlu dianaktirikan artis Malaysia. Semasa berborak dengan rakan-rakan Abang Nara, ada yang berkata “Kenapa artis Indonesia kalau masuk Malaysia korang bengang tapi artis Korea korang agung-agungkan pulak?”. Ada kelogikan jugak persoalannya di situ kan?

Kepada peminat Kpop, minat boleh tapi janganlah over fanatik sangat. Kepada artis Malaysia, tingkatkan lagi prestasi anda supaya kerajaan tak perlu panggil artis luar sebagai daya tarikan untuk apa-apa event. Kepada semua, tak perlu gaduh-gaduh sampai nak memaki hamun semua orang. Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran anda ye. Hidup Mpop dan hidup Kpop.

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments