Lisa & Yusry Tak Mahu Dilabel Bercinta Tetapi Mengakui Hubungan Lebih Dari Kawan Biasa

lisa dan yusry

Pening jugak dibuatnya dengan hubungan Yusry KRU dan Lisa Surihani ini. Tak mahu dilabelkan pasangan sedang hangat bercinta, tetapi mengakui yang sedang mengenali hati budi masing-masing. Paling pelik mereka berdua mengakui yang hubungan mereka lebih dari kawan biasa. Bukan ke bercinta namanya itu? Pelik ke tak pelik?

Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula. Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama

Nampaknya selepas ini para artis dah boleh ada ayat lain untuk menafikan gosip percintaan sesama sendiri. Boleh gunakan ayat “Kami tak bercinta tapi kami menjalinkan hubungan matang”. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Yusry dan Lisa yang mencipta ayat terbaru ini. Abang Nara terfikir apakah yang dimaksudkan dengan perhubungan matang itu.

Bukan nak kondem Lisa dan Yusry, tapi tak salah rasanya gunakan perkataan bercinta. Memang perkataan tersebut digunakan oleh orang-orang dewasa. Tak adanya nampak macam budak-budak baru lepas SPM. Kesian kat Abang Nara yang tengah hangat bercinta dengan isteri sekarang ini. Tak pasal-pasal kami berdua nampak tak matang. Hehehehe.

Apa pun semoga berbahagia kepada Lisa dan Yusry. Dengar cerita kedua-dua belah keluarga pun dah merestui perhubungan anda berdua. Sila kahwin cecepat dan buat anak. Tak sabar nak tengok kecomelan anak anda berdua. Congrats!!!


sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments