Saerah Kini Berniaga Cupcake Di Gerai Tepi Sungai – Zubir BiPop

saerah siti nurhaliza

Maaf agak terlambat untuk update cerita berkaitan dengan Siti Saerah, adik kepada penyanyi Siti Nurhaliza. Ahad lepas, wartawan hiburan paling hebat di Malaysia melaporkan yang kini Saerah sedang menjalankan perniagaan menjual cupcake di gerai tepi Sungai Kuantan, Pahang. Khabarnya cupcake yang dijual oleh Saerah dijual dengan harga RM4 satu.

Abang Nara bila baca tulisan Zubir ini terasa seperti Zubir cuba menyindir status Siti Saerah sebagai adik kepada Siti Nurhaliza. Mungkin bagi Zubir tidak sesuai untuk Saerah berniaga di gerai kecil sedangnkan kakaknya merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia. Bagi Abang Nara, lagi bagus Saerah berniaga asalkan pendapatan yang diterima halal dan datang dari titik peluhnya sendiri.

Apa pun semoga Saerah, suami dan bayi mereka berdua hidup bahagia tanpa spotlight daripada dunia hiburan lagi. Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca hasil tulisan Zubir Ahad lepas.

SEMPENA cuti persekolahan baru-baru ini, Zubir mengambil kesempatan membawa keluarga bercuti panjang ke sebuah resort di Pantai Timur. Selepas menikmati ikan patin gulai tempoyak dan keropok lekor, sebelah malamnya pula Zubir dipelawa beberapa rakan melepak di sebuah pusat hiburan menyaksikan persembahan live band terbaru dari Filipina.

Sedang asyik melayan beberapa lagu kegemaran, tiba-tiba melintas di depan Zubir seorang pemuda yang pernah Zubir lihat sebelum ini, tapi tak ingat di mana. Zubir dimaklumkan seorang kenalan, pemuda berkenaan ialah Saiful Anuar atau Epul, suami Siti Saerah Tarudin. Saerah pula ialah adik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Zubir macam kena loteri saja pada malam itu.

Selang beberapa minit, Epul menghampiri Zubir dan kami bersalaman, namun tidak bercakap apa-apa. Mata Zubir pula melilau mencari kelibat Saerah, manalah tahu dia mengikut suaminya ke pusat hiburan itu. Tidak lama kemudian, Zubir terpandang wajah Saerah di celah-celah ratusan pengunjung yang sedang ligat berdansa pada malam minggu itu. Saerah terus menghampiri Zubir dan melemparkan senyuman, sekali gus bertanya bila Zubir sampai ke sana (Pantai Timur).

Zubir sekadar memberitahu baru sehari dua bercuti, namun tidak berkesempatan bersembang lebih lanjut kerana keadaan sekeliling begitu bingit ditambah bunyi muzik yang kuat, tidak mengizinkan kami meneruskan perbualan pada pertemuan singkat itu. Sebaik saja band berkenaan selesai membuat persembahan, Zubir bersama beberapa rakan, sempat menjamu selera di sebuah gerai berdekatan.

Maka, cerita terbaru Saerah bersama suaminya, Epul rupa-rupanya bersambung pula pada tengah malam itu. Seorang kenalan memaklumkan kepada Zubir, sudah lebih sebulan Saerah dan Epul membuka sebuah gerai kecil di kawasan peranginan popular, Midtown D’Muda atau Esplanade, Benteng di tepi Sungai Kuantan, Pahang.

Saerah dan suaminya menjual kek cawan (cupcakes). Tambah kenalan tadi, Saerah dan Epul turut membawa anak mereka ketika berniaga dan mereka bergilir-gilir menjaga bayi berkenaan sambil melayan pengunjung. Sebiji kek cawan dijual RM4.00.
Maka terdetik di hati Zubir, kenapa begitu terdesak kehidupan Saerah selepas mendirikan perkahwinan sehingga terpaksa membuka gerai yang hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu itu?

Seorang kenalan lain memberitahu, Saerah perlu menambah pendapatan keluarga membantu suaminya yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuantan. Khabarnya pendapatan Epul tidak menentu, justeru, Saerah terpaksa melakukan perniagaan sampingan, maklumlah dengan kehadiran anak yang baru lahir, pastinya pendapatan isi keluarga akan bertambah.

Tapi, ada juga suara nakal di kalangan teman Zubir memberitahu, sekalipun Saerah adik Siti Nurhaliza, dia tidak kisah orang ramai memerhatikannya menjual kek cawan. Gerai Saerah pula hanya selang satu dengan gerai menjual minyak wangi, apabila ada kenalan memaklumkan, ada kalanya Saerah berkaraoke di tepi sungai itu, maklumlah dia pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.

Maka, timbul lagi suara lebih nakal, Saerah ni tak jaga nama baik Siti Nurhaliza ke, kakaknya seseorang yang dihormati dan disanjung, adiknya pula hanya peniaga gerai! Bagi Zubir, apa salahnya Saerah berniaga menambah pendapatan keluarga, asalkan kerja itu halal. Tapi, daripada dia menjual kek cawan, lebih baik dia menjual dan mengedar produk kakaknya, Simply Siti, gerenti berduyun-duyun orang membeli!

Seperkara lagi, ada juga yang membisikkan ke telinga Zubir, kalau benar sekarang Saerah tak hidup senang sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, tapi dia masih berkesempatan berhibur di pusat hiburan! Ooops…. itu Zubir tak mahu komen apa-apa.

Tapi, sebagai adik kepada seorang penyanyi yang begitu berpengaruh di Malaysia dan Indonesaia, Saerah perlu menjaga nama baik kakaknya dengan tidak terlalu menonjol bersuka ria di khalayak ramai. Tapi, kalau dah berniaga tu, nak buat macam mana, mungkin orang beli kek cawan yang dijual Saerah kerana dia adik Siti Nurhaliza!

Harap Saerah dan suaminya tidak berkecil hati dengan kata-kata Zubir. Ia sekadar nasihat dan pandangan peribadi. Tapi, dalam pada bercuti itu, sempat pula bergosip. Nak buat macam mana, gosip dah jadi sebahagian kehidupan Zubir, dah sebati.

ZUBIR: Putri Mardiana yang dikenali menerusi filem Santau, baru saja keluar MIG, khabarnya ada masalah dalaman.


sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments