Shaheizy Sam Mahu Berehat Berlakon Tahun Depan


Baru menempa populariti tahun ini, pelakon Shaheizy Sam sudah memikirkan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu melakukan persiapan untuk bergelar seorang pelakon yang lebih baik.

Pelakon filem Ngangkung dan Kongsi ini dijangka berehat daripada dunia lakonan pada awal tahun depan.

“Saya tidak suka mencari kelemahan dalam lakonan saya kerana sudah menjadi lumrah seseorang itu tidak akan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.

“Jadi, saya memilih untuk berehat sementara daripada lakonan dan menyegarkan diri untuk meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang. Saya tidak mahu tahap lakonan saya semakin menurun akibat tidak mempunyai banyak persiapan ekoran jadual kerja yang terlalu padat,” katanya selepas tayangan perdana filem Sekali Lagi…di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin lalu. - mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments