Empat lelaki untuk anak perempuan Beckham

Pemain bola terkenal, David Beckham dan isteri, Victoria bakal menyambut kedatangan ahli keluarga baru bila-bila masa sahaja. Apa yang menggembirakan adalah ahli baru itu merupakan anak perempuan pertama dalam keluarga ini.

Kelahiran anak perempuan kali ini turut dirasai oleh ketiga-tiga abangnya, Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6, yang sudah semestinya akan melindungi adik kesayangan mereka itu.

Dipetik daripada Hollyscoop, David memberitahu: "Ramai yang mengatakan bahawa saya seorang yang terlalu melindungi ketiga-tiga anak lelaki saya. Semestinya dengan kelahiran anak perempuan kali ini, pasti saya akan lebih melindunginya.

"Dia (anak perempuan) akan mempunyai empat orang lelaki termasuk saya untuk menjaganya. Sudah pasti dia akan dilindungi dan dijaga dengan baik."

Keluarga Beckham

Baru-baru ini juga, David mengatakan dirinya sangat teruja dan gembira melihat pelbagai benda berwarna merah jambu dalam rumah mereka yang selalunya 'didominasi' oleh barang-barang lelaki.

David berkata, "Ianya satu perkara baru dan berbeza buat kami. Segala-galanya seperti baju dan bilik sudah tersedia. Kami sangat teruja!"


David turut mengaku kandungan keempat si isteri kali ini berjalan dengan lancar kerana Victoria tidak banyak mengidam atau sakit. Pereka fesyen dan ahli kumpulan Spice Girls ini hanya menunggu masa untuk bersalin.

sumber;tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments