Filem Al-Hijab Lakonan Pierre Andre & Nur Fathia

GANDINGAN PERTAMA PIERRE ANDRE DAN NUR FATHIA MELALUI KARYA SERAM AL-HIJAB TAMPAK IDEAL DAN MEYAKINKAN.

Sudah lama rasanya penggemar filem tempatan tidak dihidangkan dengan hasil karya pengarah muda yang pernah mencipta kejayaannya tersendiri melalui filem-filem terdahulu. Kini, Pierre Andre kembali dengan sengatan berbisanya terhadap penghasilan filem seram, Al-Hijab yang bakal ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 6 Oktober ini.

Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan!

Filem Al-Hijab

Impak yang dimiliki filem ini antaranya bersandar kepada kekuatan gandingan Pierre Andre sendiri dengan pendatang baru yang kian menyerlah, Nur Fathia. Walaupun kali pertama disatukan menerusi filem ini, ia bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk mendapatkan keserasian sekaligus mencipta satu gandingan mantap yang berjaya menampakkan pembawaan watak masing-masing dengan berkesan. Tidak perlu lagi dipertikaikan gaya lakonan Pierre sendiri yang sudah terbukti memukau penonton malah penonton juga bakal teruja dengan kesungguhan Nur Fathia mempamerkan lakonan yang berjaya dijiwai dengan baik.

Membawakan peranan sebagai pasangan kekasih menerusi filem ini, kedua-duanya dilihat tidak janggal malah lakonan bersahaja membuatkan mereka kelihatan ideal di dalam filem dan meyakinkan penonton tentang gambaran watak yang dibawa mereka berdua. Pierre yang memikul peranan sebagai Rafael, seorang pelakon baru yang ditawarkan sebagai watak utama untuk sebuah filem seram. Ini telah memaksa Rafael mencari jalan bagaimana untuk menghidupkan wataknya memandangkan dirinya tidak pernah sekalipun melihat kelibat makhlus halus. Nur Fathia pula mendukung watak sebagai Qiss, kekasih kepada Rafael yang turut terjebak dalam perkara misteri yang dilalui Rafael setelah keinginannya untuk melihat makhlus halus tercapai.

Jika dilihat penampilan Nur Fathia sebagai Qiss dalam filem Al-Hijab ini, ia seolah-olah menampakkan Fathia seperti sudah berlakon pelbagai filem sebelum ini. Walaupun ini merupakan filem pertamanya, tambahan pula ia bergenre seram yang memerlukan lebih penghayatan dan pergerakan olah tubuh, namun Fathia berjaya mengatasinya dengan baik. Mungkin ini adalah titipan pengalaman beliau berlakon menerusi drama-drama terlebih dahulu dan bakat lakonan yang dimilikinya sendiri.

Filem ini turut menguji kemampuan Nur Fathia untuk melakukan aksi-aksi yang perlu tampak menggerunkan penonton. Tidak mahu hanya bergantung kepada bunyi efek yang menerbitkan suasana yang menyeramkan, Fathia jelas berani memaparkan ekspresi muka yang menambahkan lagi mood ketakutan yang sememangnya diingini penonton sewaktu menonton filem bergenre seram. Tidak segan untuk kelihatan tidak cantik sewaktu melakukan aksi-aksi seperti itu, Fathia tegas mementingkan ketrampilan sebagai seorang pelakon yang profesional.

Gandingannya, Pierre Andre yang juga selaku pengarah banyak membantu dari segi pembawaan watak Nur Fathia. Kelebihan mengarahkan sebuah filem dan turut terlibat berlakon di dalam filem itu menjadikan Pierre lebih menjiwai watak Rafael dengan mantap. Apabila kedua-dua pelakon yang bergandingan ini berjaya menghayati watak mereka dengan bagus, maka mesej cerita yang ingin disampaikan kepada penonton melalui filem ini akan diterima dengan mudah sekaligus memberikan satu lagi kepuasan maksima terhadap sebuah filem bergenre seram.

Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini!

Semua pembaca Budiey.com dijemput untuk LIKE fan page Al-Hijab : http://www.facebook.com/FilemAlHijab

Jom sama-sama kita saksikan trailer filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab


sumber:budiey

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments