Gambar Sekitar GiG TV9 di I-City

Festival indie dan rock terbesar Malaysia, GiG TV9 telah menggegarkan kaca televisyen anda pada Ahad, 10 Julai, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). GiG TV9 telah membawa ke pentas, barisan kumpulan muzik rock tempatan terbaik iaitu Wings, Hujan, Bunkface dan 6ixth Sense serta idola remaja Aizat, khusus untuk tontonan malam minggu penonton setia TV9. Konsert tersebut mendapat sambutan yang menakjubkan dari penonton yang tidak sabar untuk melihat rockstars di atas pentas. Apa yang pasti adalah kumpulan otai Wings telah menambat hati semua yang hadir di mana kebanyakan dari mereka telah menyanyi bersama kesemua lagu Wings seperti Sejati, Hukum Karma, Opera Hidup dan Romania.

GIGTV9

GiG TV9 merupakan karnival dua hari yang menggabungkan elemen muzik, aktiviti dan ekspresi anjuran TV9 bersama penaja rasmi Digi. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini, 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad) telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti bermula jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Siaran langsung konsert ini juga telah diikuti melalui www.tv9.com.my/gig dan menerusi radio stesen rasmi Hot fm.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, ”Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberikan pendedahan dan platform kepada para remaja untuk mengekspresikan diri melalui muzik dan aktiviti-aktiviti sihat. Kami pasti dengan gabungan elemen muzik, aktiviti dan ekspresi yang kami tonjolkan melalui GiG TV9 dapat memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan remaja. Kami berasa amat terharu dan berterima kasih atas kehadiran pengunjung dalam memeriahkan lagi konsert GIG TV9 tempohari. Sungguhpun acara ini padat dengan hiburan, namun kami tetap menghormati waktu solat dengan memastikan tiada sebarang aktiviti dijalankan selama 15 minit sebelum dan selepas masuk waktu solat Zuhur, Asar dan Maghrib..”

Selain daripada konsert rock pada hari Ahad, GiG TV9 turut meraikan muzik dengan sebuah lagi konsert rock pada hari Sabtu, 9 Julai bertempat di Pentas Utama I-City Shah Alam bermula 9.00 malam dengan persembahan daripada Pesawat, Azlan & the Typewriter, Projek Pistol, The Azenders, Awanband, Drama Band dan Awi Rafael. Konsert ini akan dirakamkan untuk siaran akan datang.

GIG TV9 ini diterajui oleh penerbit eksekutif Sufian Isa dan penerbit Ahmad Shaifullazzam Mohd Arshad.

GiG TV9 bukan sekadar hiburan tetapi turut memainkan peranan dalam merintis bakat remaja melalui pencarian bakat Battle of the Indie Bands yang menawarkan RM 8,000.00 kepada kumpulan Oh Chentaku yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. Selain itu bengkel muzik Kita Punya Gig Workshop yang dikelolakan oleh nama-nama besar di dalam industri muzik seperti Che Mok, Edrie Hashim, Hafiz, Aizat dan Edry Hashim telah diadakan untuk berkongsi informasi dan pengalaman kepada generasi baru. Turut hadir untuk memeriahkan karnival ini adalah penyampai radio Hotfm iaitu Fara Fauzana, Ikhwan, Suraya, Faizal Ismail, Usop Wilcha, AG dan ramai lagi!

GiG TV9 juga memberi peluang kepada remaja dan belia untuk mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti demonstrasi basikal fixie, pertandingan Hero Gitar, Karaoke Rockstar, skateboard, artis Grafiti serta memberikan platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Indie Flea Market.

SENARAI ARTIS DAN LAGU

GIG TV9 – 9 JULAI 2011, 9.00 MALAM (RAKAMAN)

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada Saturday Nite Jam :
1. AWI RAFAEL
• Panas
• Bila Aku Jatuh Cinta
• Pulanglah

2. DRAMA BAND
• Cerita Dia
• Medley She’s Gone/Bad Romance
• Babak Pertama

3. THE AZENDERS
• Ladies & Gentlemen
• Peribadi
• Livin’ Rock&Roll

4. PROJEK PISTOL
• Animositi
• Turun Dari Langit
• Wanita Seluruh Dunia

5. AWANBAND
• Lintasan Bintang
• Dramatik
• Helah Maya

6. PESAWAT
• Excuse Me
• Hitam
• Medley Mirage/Mesti Mau

7. AZLAN & THE TYPEWRITER
• Ada Jiwa
• Jeritan Batinku
• Medley Kelibat Si Penyair/Gerak Hati

GIG ‘LIVE’ DARI JAM 8.30 MALAM – 10.30 MALAM

1. HUJAN
• Muda
• Inspektor Remos
• Empayarmu
• Mencari Konklusi

2. BUNKFACE
• Dunia
• Extravaganza
• Escape Dance
• Revolusi

3. 6IXTH SENSE
• Haruskah
• Menyesal
• Cinta Matiku
• Khatimah Cinta

4. AIZAT
• Sungai Lui
• Years From Now
• Kau Aku
• Susun Silangkata

5. WINGS
• Opera Hidup
• Romania
• Sejati
• Inspirasi Tamingsari

GIGTV9

GIGTV9

GIGTV9

GIGTV9

GIGTV9

GIGTV9

GIGTV9

sumber:budiey

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments