Impak Nora Elena Kepada Siti Saleha

Siti Saleha. Kalau disebut nama ini, mungkin ramai yang masih tidak mengenali tuan empunya badan. Namun jika disebutkan Nora Elena, pastinya ramai yang akan berkata “ooooooo, awek tue”. Begitu besar sekali impak drama Nora Elena kepada Siti Saleha sehingga mengangkat namanya daripada kurang popular kepada popular tak hengat. Tak gitu?

nora elena

Sayangnya bila sudah terlalu popular, ada juga pihak yang mungkin dengki atau ingin menjatuhkan Siti Saleha. Masih ingatkan anda dengan entri yang pernah Abang Nara keluarkan dulu? Ala, entri “Gambar Siti Saleha Bersosial Dengan Rakan-Rakannya” yang kononnya gambar berparti. Ini ada sedikit penjelasan daripada tuan empunya badan.

Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3. Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan

Abang Nara respek dengan tahap keprofessional dan kesedaran tinggi Siti Saleha. Sememangnya apabila menjadi artis popular, inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis. Namun sikap tenang yang ditunjukkan oleh Siti Saleha dalam menangani kontroversi ini sememangnya layak diberikan pujian. Anda memang sempoi ~~

nora elena

Untuk peminat Siti Saleha ataupun Nora Elena, dibawah ada sedikit info mengenai diri si cantik manis ini:-

Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 14 Mac 1990

Tempat Lahir: Basildon, England

Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena

Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley’s Double Mint.

nora elena

Kalau anda rasa nak berinteraksi dengan Siti Saleha, silalah follow Twitter Siti Saleha atau LIKE Facebook Siti Saleha. Lagi beberapa keping gambar Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena

nora elena


sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments