Intan Ladyana Stress Kerana Flat 3A!

Memiliki susuk tubuh tinggi lampai, gadis yang bernama penuh Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana mula terkenal dengan lakonannya sebagai Nadia di sitcom TV3, Puteri.

Pelakon, model dan pengacara yang lahir pada tanggal 2 Jun 1982 ini semakin dikenali ramai. Antara filem yang pernah dibintangi oleh Intan ialah "Tipah Tertipu the Movie","Jangan Pandang Belakang", "Adnan Sempit", "v3 samseng jalanan" dan terbaru peminat Intan boleh menyaksikan lakonannya dalam filem terbitan MIG dan arahan Azhari Zain, "Flat 3A". Intan yang hadir di pejabat Cinema Online Sdn.Bhd. sempat menceritakan pengalamannya ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Flat 3A". Filem yang bakal ditayangkan pada 14 Julai 2011 ini turut dibintangi oleh Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar dan Khaty Azean.


Jom ikuti temubual bersama Intan Ladyana.

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke pejabat Tupai. Boleh Intan cerita sedikit tentang watak Intan dalam filem "Flat 3A"?
Sama-sama. Dalam filem "Flat 3A", saya memegang watak sebagai Fiqah, seorang gadis kampung yang bekerja di kilang. Fiqah mempunyai seorang teman lelaki yang kaya. Selepas berpindah ke Kuala Lumpur,
hanya ada dua orang saja yang penting dalam hidupnya iaitu teman lelakinya dan Ratna yang merupakan teman serumah Fiqah. Dia mengalami trauma dari awal dia mengugurkan bayi yang di kandungnya sehingga dia di kacau oleh hantu.

Susah tak untuk Intan bawa watak Fiqah dan apakah cabaran yang dihadapi oleh Intan sepanjang Penggambaran?

Untuk membawa watak Fiqah memang susah. Watak Fiqah merupakan watak yang paling mencabar pernah saya lakonkan setakat ini. Cabarannya adalah watak Fiqah itu sendiri dimana dia telah melakukan perbuatan yang tidak elok dan mengalami trauma dari awal dia mengugurkan bayi yang di kandungnya sehingga di kacau hantu.

Kalau dilihat barisan pelakon dalam filem ini kebanyakkan muka-muka baru dalam industri. Susah tidak untuk Intan bekerjasama dengan mereka?
Pada awalnya memang susah. Sebelum mula penggambaran, pihak MIG telah mengadakan kelas lakonan jadi dari situ kita boleh wujudkan keserasian antara satu sama lain.

Ada atau tidak peristiwa yang tidak diingini terjadi sepangjang penggambaran?

Sepanjang penggambaran filem ini, saya selalu stress, tidak cukup tidur, makan tidak tentu.
kadang-kadang terfikir benda-benda makhluk halus dan kadang-kadang masa saya memandu saya dapat rasa ada bayang-bayang dekat tepi tapi bila pandang tak ada. Selalunya benda-benda yang macam itu yang selalu mengganggu.

Bagaimana Intan menjiwai watak Fiqah dan berapa lama untuk Intan betul-betul dapat menjiwai watak tersebut?

Pertama kali saya dapat skrip, saya baca dan cuba masukkan watak Fiqah dalam diri saya. Saya juga ada buat rujukan dengan menonton filem-filem yang bergenre sama untuk melihat bagaimana mereka membawakan watak-watak sedemikian. Selebihnya saya banyak berbincang dengan pengarah Azhari Zain.

Keistimewaan filem "Flat 3A" berbanding filem seram yang sedia ada di Malaysia?

Keistimewaan filem "Flat 3A" berbanding filem seram yang lain kerana ia mengentengahkan dan memaparkan isu-isu masalah sosial. Remaja sekarang, pergaulan mereka bebas sehingga terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku seperti mengadakan hubungan luar nikah dan pengguguran bayi. Bukan itu saja, bila kita buka surat khabar pasti kita akan lihat cerita tentang penculikkan dan sebagainya. Dalam filem ini ia juga mengentengahkan apa yang akan terjadi selepas`sesuatu kejadian itu berlaku.


Apa lagi filem Intan yang bakal ditayangkan?

"Bini-Biniku Gangster" akan ditanyangkan pada bulan September, manakala "Halimmunan "dan "Adnan Sempit 2" akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Soalan terakhir, Harapan Intan untuk filem ini?

Harapan saya untuk filem ini besar, kerana filem "Flat 3A" merupakan filem seram yang lain dari lain.Ia merupakan filem seram yang sedih. Saya juga harap filem ini akan mendapat kutipan Box-Office.



sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments