Kerana Stanza Cinta, Nur Fathia Bersara Sementara


KETIKA industri seni masih memperkatakan kontroversi mengenai dirinya, bintang muda yang menyerlah melalui watak bertudung, Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, mengambil keputusan untuk bersara buat seketika.

Gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini berehat bukan kerana mahu berkahwin malah bukan juga kerana ada kaitan dengan kontroversi yang tercetus ketika penggambaran Stanza Cinta sehingga mencalarkan imejnya.

Katanya, rancangan berehat seketika daripada dunia lakonan diambil kerana Stanza Cinta banyak menggunakan tenaga dan bermain dengan emosi.

“Lagipun, sudah lama saya tidak luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan. Jadi sepanjang bercuti, saya ingin mendapat kan semula kehidupan saya sebelum ini.

“Dalam Stanza Cinta, saya memegang watak Amni Sorfina, seorang gadis baik dan beriman. Watak ini mungkin mudah bagi pelakon berpengalaman tetapi bagi pendatang baru seperti saya, ia cukup mencabar.

“Saya perlu menghayati watak dengan mendalam kerana watak Amni sangat berlainan dengan karakter peribadi saya. Kadangkala dalam sehari, ada saja babak air mata perlu dijayakan sedangkan saya seorang yang susah untuk menangis.

“Amni juga meninggalkan kesan mendalam kepada diri saya daripada seorang yang banyak bercakap dan lasak (tomboi), kini perlakuan lebih feminin sampaikan ibu saya sendiri sedar akan perubahan yang berlaku kepada saya,” katanya yang mempunyai niat untuk bertudung suatu hari nanti apabila hati sudah sedia untuk berubah. - Harian Metro

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments