Wednesday, July 6, 2011

Parti Kostum Tolong! Awek Aku Pontianak Meriah

Bersempena dengan kemunculan filem Tolong! Awek Aku Pontianak pada 7 Julai 2011, telah berlangsungnya satu Parti kostum hantu sebagai simbolik kepada filem tersebut.

Parti kostum hantu yang anjurkan oleh pihak Tayangan Unggul Sdn.Bhd. dengan kerjasama blogger terkenal iaitu portal hiburan Budiey.com telah diadakan di Menara Megaview 1 Kuala Lumpur. Seramai 180 tetamu yang hadir termasuk para pelakon filem tersebut dan rakan artis lain seperti Shila Amzah, Farawahida dan Farina AF8 yang membuat persembahan dalam majlis itu.


Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya cabutan bertuah, pertandingan Kostum Lelaki Terbaik dan Kostum Wanita Terbaik. Penaja bagi hadiah pada majlis tersebut adalah Canon. Antaranya hadiah utama sumbangan Canon berupa kamera video Canon Legria HFR16 manakala hadiah Kostum Lelaki Terbaik dan Kostum Wanita Terbaik masing-masing adalah kamera digital Canon PowerShot A3300IS.

Selain itu, penonton yang hadir juga turut disajikan dengan tayangan eksklusif 30 minit pertama dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak. Filem lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Nurul Wahab, Bell Ngasri dan Harun Salim Bachik itu akan menemui penonton di 51 buah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai 2011.

Kredit Foto : Budiey



sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

0 comments: