Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Ditaja RM12 Juta

Memang tidak disangka dan agak mengejutkan ramai pihak apabila jumlah keseluruhan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ditaja hampir RM12 juta oleh Rafflesia selain daripada itu juga Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo.RM12 juta tue memang lah suatu nilai yang agak besar dibandingkan dengan mana-mana nilai perkahwinan orang kaya di Malaysia ni pun rasanya tak sampai jutaan ringgit dan lain dari cerita sebelum ini yang mengatakan hanya berjumlah RM7.2 juta sahaja. Tapi sebab dah namanya ditaja, jadi itu tandanya Norman dan Memey dapat tuah yang tidak disangka-sangka.


Dah rezeki dorang nak kahwin pada 28 September ni. Kita cuma boleh buat apa, selain

ucapkan tahniah dan rasa terkejut yang tidak disangka-sangka keatas pasangan kontroversi ini suatu masa dahulu.

Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).


Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan.Kata Norman, pada mulanya, dia dan Memey bercadang ingin membuat sebuah majlis sahaja di Kota Tinggi dan tidak sangka pula menerima tawaran penajaan untuk resepsi kedua yang begitu besar.
- 2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang
- 2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang*harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)- 2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set- 2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor- 4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki.

sumber:joyyah
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments