Rini AF7 Bakal Menamatkan Zaman Bujang Pada 16 Julai 2011

Tahniahlah kepada Rini AF7 dimana Pada 16 dan 17 Julai nanti, bakal menjadi detik manis buat Zuzafrini Zulkifli, 27, apabila dia kini menghitung hari untuk menamatkan zaman solonya selepas tujuh tahun menyulam cinta. Rini akan disatukan dengan jejaka pilihan, Johanis Nordin, 29, pendidik berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Percintaan mereka bermula sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, tujuh tahun lalu sebelum cinta dan kasih disatukan.



“Majlis akad nikah akan diadakan pada 16 Julai, jam 5 petang di Bandar Baru Bangi diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Manakala majlis bagi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Julai,” katanya.
Apa yang menarik, kad kahwin yang diberikan berkonsepkan buku sekolah direka khas Johanis amat unik dan menarik selain isi kandungan untuk nama jemputan dan lain-lain sama seperti buku sekolah.


sumber;joyyah
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments