Saya Amat Mencintaimu (SAM) Arahan Syafiq Yusuf, Lakonan Shaheizy Sam & Lisa Surihani



Filem SAM (Saya Amar Mencintaimu) arahan sulung dari adik Syamsul Yusuf dan anak bongsu Datuk Yusof Haslam iaitu Syafiq Yusuf sudah dilancarkan. Majlis pelancaran filem "SAM" itu telah berlangsung di Finas 4 july 2011.

Video pelancaran filem SAM (kredit blog Syafiq)




Syafiq Yusuf Pada mulanya, remaja ini keberatan apabila diminta mengarahkan filem bertemakan cinta. Barangkali kerana jiwa mudanya, Syafiq berasakan filem cinta tidak sesuai dengannya. Begitupun selepas mengetahui SAM sebenarnya sebuah filem cinta psiko, dia kembali bersemangat kerana filem sedemikian belum pernah dihasilkan produser tempatan. Jalan cerita SAM adalah cetusan idea Yusof, manakala skripnya dihasilkan Syafiq bersama sepupunya, Shalih Mokhti. Skrip itu bagaimanapun terlebih dulu perlu diluluskan Yusof. Sebagai orang baru, kata Syafiq, dia tidak kisah bapanya turut campur tangan kerana dia masih memerlukan banyak bimbingan. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati papa, keluarga, penonton malah diri saya sendiri. Papa seorang yang tegas, kalau dia kata A, kita kena ikut kehendaknya itu. "Papa mempunyai pendekatannya sendiri. Setiap babak perlu dibuat dua kali, satu daripada sudut pandangan papa dan satu lagi dari sudut pandangan kami. Abang saya juga buat begitu ketika mula-mula mengarah. Kemudian barulah kami akan pilih mana satu yang terbaik. “Papa juga beri peluang kepada kami adik-beradik menceburi bidang ini bukan atas dasar kedudukannya. Sebaliknya sebelum kami mendapat peluang ini, papa akan memastikan kemampuan kami benar-benar teruji, katanya. Shaheizy Sam Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2. Jelas Sam, dia tidak dapat membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production. “Saya berhutang satu filem dengan Skop kerana saya sudah berjanji untuk berlakon dalam filem Bohsia 2 tetapi jadual penggambarannya bertindan dengan jadual penggambaran filem Kongsi. “Jadi mereka menawarkan filem SAM sebagai ganti kepada filem yang tidak dapat saya sertai itu,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kereta atas kemenangannya sebagai bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di sini, Selasa. “Saya menghormati perjanjian saya dengan mereka, jadi saya akan gantikan dengan filem tersebut yang dijangka mula penggambaran pada Julai ini,” ujarnya Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar. “Setiap lakonan yang saya buat adalah 70 peratus diri saya yang sebenar dan disesuaikan mengikut skrip yang diberikan. “Namun begitu saya percaya jika saya asyik bawa watak komedi sahaja, akan sampai satu tahap yang peminat akan bosan,” katanya yang mahu membawakan watak lebih mencabar dan berat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments