Si Comel Nur Aisyah Humairah Semakin Popular

Lama rasanya tak berkongsi perkembangan terkini Nur Aisyah Humairah. Dulu ada 2 entri Abang Nara pernah keluarkan mengenai si kecil comel ini. Semenjak dua menjak ini, dengar ceritanya semakin banyak tawaran yang Aisyah sudah terima. Paling best apabila Aisyah dilantik menjadi duta tudung Little Haya untuk Butik Aysha Collection. Comel kan gambar Aisyah bertudung kat bawah tue.

aisyah

Selain daripada menjadi duta tudung Little Haya (sila ke Facebook Aysha Collection kalau berminat melihat tudung mereka), kecomelan Aisyah juga semakin mendapat perhatian pihak-pihak tertentu. Antara pencapaian (aceh macam jawap interview plak) ialah:-

1) Menjadi Model Kanak-Kanak Bagi Keluaran Edisi Raya 2011 Majalah Aniqah

Aisyah telah terpilih sebagai model kanak-kanak untuk keluaran Hari Raya 2011 bagi Majalah Aniqah. Sesi photoshoot yang berlangsung di Riverstone di mana Aisyah digandingkan bersama seorang model dewasa bertemakan pakaian hari raya. Untuk sesi photoshoot ini, pakaian Aisyah ditaja oleh Butik Everalp, Plaza Angsana manakala pihak Pearl Haya melalui pengedar rasminya, Aysha Collection telah sudi membuat 4 helai tudung Little Haya khas untuk Aisyah di mana tudung ini adalah keluaran terbaru dan bakal berada di pasaran menjelang hari raya ini.

ecah

2) Aisyah bersama Zizan Raja Lawak

Selepas show jelajah Maharaja Lawak yg berlangsung di Johor Bahru pada 17/06/2011, Aisyah berpeluang beramah mesra dengan Zizan di bilik penginapannya di salah sebuah hotel di Johor Bahru. Dalam sesi pertemuan tersebut, Zizan amat mesra melayan Aisyah dan mereka mengambil gambar sebangai kenang-kenangan.

3) M.A.D. About Pearl Haya

Majlis yang berlangsung pada 10/07/2011 di Grand Blue Wave, Shah Alam ini adalah khas peminat-peminat tudung Pearl Haya. Sekali lagi, butik Aysha Collection dan Everalp telah menaja pakaian Aisyah. Dalam majlis ini, Aisyah turut diundang untuk catwalk bersama seorang model terkenal iaitu Rina Salleh.

4) Flower Girl di Majlis Perkahwinan Anak Nash Lefthanded

Lagenda rock tanahair, Nash dari kumpulan Lefthanded telah memilih Aisyah sebagai “flower girl” sempena majlis perkahwinan anak sulungnya pada 16/07/2011. Aisyah yang baru berusia 3 tahun telah diberi kepercayaan sebagai ketua bagi kumpulan flower girls tersebut.

ecah

Dan perkembangan terbaru ialah khabarnya Nur Aisyah akan membintangi sebuah telemovie tidak lama lagi. Ini yang buat tak sabar nak tengok bakat lakonan Aisyah pulak. Bakat posing depan kamera memang dah terbaik dah. Semoga Aisyah akan terus maju di dalam bidang ini.

ecah

Untuk anda yang berminat untuk berurusan dengan Aisyah, bolehlah menghubungi Encik Helmi di talian 013-7482174. Dan jangan lupa LIKE Facebook Nur Aisyah Humairah dan follow Twitternya. Oh ye, buat penduduk Johor, anda mungkin ingin mengushar tudung-tudung keluaran Aysha Collection di Lot 1-06, Aras 1,Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350, Johor Bahru.

Lagi beberapa gambar Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah

aisyah





sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments