Tiada Keserasian antara Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay

Tiada Keserasian Dengan Liyana Jasmay, Syamsul Yusof Pilih Gadis 'S'

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 27, mengakui keintimannya dengan aktres Liyana Jasmay, 23, yang diperkatakan sejak tiga bulan lalu hanya cerita lama kerana mereka tidak bercinta seperti yang didakwa.

"Kami memang pernah rapat sebelum ini, itu tidak saya nafikan. Tapi hanya sekadar kawan dan ia cerita tiga bulan lepas pun.

"Masing-masing cuba untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam tetapi ia tidak menjadi serius.

"Sebagai lelaki, saya berkawan dengannya dan cuba untuk membawa hubungan itu ke fasa percintaan tetapi tiada keserasian," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.
Jelas Syamsul lagi, aktres bertubuh kecil itu bukan saja memiliki paras rupa yang cantik, malah turut mempunyai budi pekerti dan sikap yang baik.

Namun, faktor tiada keserasian antara mereka menjadikan hubungan itu lebih selesa dijalani atas dasar persahabatan saja.


"Sebagai lelaki, memang saya suka dan tertarik dengan ciri-ciri kewanitaan dan budi bahasa yang dimilikinya.

"Selepas lebih sebulan berkawan rapat, dia memang seorang wanita yang menawan tetapi faktor kurang serasi menjadikan hubungan kami tidak boleh pergi jauh," tuturnya.
Dalam pada itu, bekas kekasih kepada aktres Diana Danielle ini turut mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis biasa yang masih menuntut.

"Saya sedang mengenali dan berkawan dengan seorang gadis yang berusia 20 tahun. Dia orang biasa dan masih belajar lagi.

"Mungkin jiwa saya ini lebih selesa menjalin hubungan dengan orang biasa dan bukannya artis atau selebriti.

"Lagipun, ayah saya selalu berpesan kalau hendak bercinta, sebolehnya cari pasangan daripada orang biasa saja,” katanya yang sudah tiga bulan mengenali gadis yang digelar 'S' itu.

Menyorot perkembangan terbaru kariernya, Syamsul mengakui berasa puas dengan filem kelima arahan dan lakonannya iaitu KL Gangster.


Tiga nadi utama filem KL Gangster, Ady Putra (kiri), Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.

"Untuk filem kali ini, saya akui berasa lebih puas daripada filem-filem sebelum ini. Banyak aspek baru dan segar yang saya tekankan dalam KL Gangster.

"Ia bukan hanya filem aksi yang sarat dengan pertarungan semata-mata tetapi mempunyai keseimbangan pada aspek lakonan, skrip dan plot.

"Ini adalah filem aksi pertama saya yang tiada heroin dan hanya mempertaruhkan hero sahaja, saya harap kelainan ini dapat diterima oleh penonton," katanya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments