Thursday, July 7, 2011

Ziana Zain Anggap Persatuan Artis Buang Masa & Patut Dibubarkan

Filled under:


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ziana Zain menganggap penyertaan selebriti dalam mana-mana persatuan artis adalah satu pembaziran masa. Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya. "Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan. "Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya. Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi. Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu menyarankan kepada para selebriti untuk merujuk kepada satu agensi sahaja iaitu Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) jika berhadapan dengan masalah. "Saya sarankan para artis untuk sertai Kopstar kerana ia boleh banyak membantu kita daripada pelbagai segi termasuklah hak-hak royalti artis. "Memang ramai yang tidak tahu tentang koperasi tersebut kerana ia kurang diberi publisiti yang meluas tetapi, Insya-Allah, segala kesulitan yang berlaku boleh diatasi," katanya. Beritahu Ziana lagi, dia tidak kisah jika bersuara lantang tentang hal-hal tersebut kerana tidak mahu masalah industri hiburan yang ada dirumitkan lagi dengan adanya banyak persatuan artis. - mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

0 comments: