Erra Fazira Belanja Krew ‘Kelas Kau Maria’ Nikmati Disneyland Jepun



Seperti biasa kawan kawan, malam adalah masa untuk kisah selebriti yang ringan belaka.

Jika anda tidak suka, boleh jalan terus belok kiri & terjun gaung. Kami bergurau, semestinya.

Kami baru sahaja lepas makan malam bersama salah seorang pelakon drama televisyen Kelas Kau Maria dan sembang ringan kami terpacul kisah kemurahan hati Erra Fazira.

Pelakon lelaki ini yang baru pulang dari Jepun bersama rombongan krew Kelas Kau Maria berkata Erra Fazira merupakan seorang yang pemurah hati & banyak membantu melancarkan proses penggambaran selama di’sana.

Lebih lebih lagi jika berkaitan dengan isu logistik yang sering timbul kerana sepanjang di’sana, krew penggambaran membawa alatan mereka hanya dengan menaiki pengangkutan awam.

Satu perkara menarik yang di’sampaikan oleh sumber, Erra Fazira dengan murah hati mengeluarkan duit sendiri untuk membawa 15 orang krew penggambaran untuk menikmati keseronokan Disneyland Japan.

Tiket di’atas yang boleh anda dakwa kami curi dari mana mana adalah tiket sebenar Disneyland Japan yang pelakon lelaki ini tunjukkan pada kami. Bertuah badan mereka dan kelas kau Erra.


sumber;rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments