Wednesday, March 28, 2012

Azza Bakal Nikah Ahad Ini, Tiada Majlis Pertunangan

Filled under:

Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) akan berkahwin berkahwin dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini tanpa bertunang kerana tidak mahukan dugaan tempoh bertunang tersebut. Azza berkata, sama ada bertunang atau tidak, bukan isu besar, sebaliknya lebih mudah baginya dan bakal suami untuk mendirikan rumah tangga terus. Menurut laporan mStar Online, Azza memberitahu:-

Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.

Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu.

PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Menurut Azza, dia menerima lamaran perkahwinan dari Azlan menggunakan satu perisian lukisan tablet dan mula mengenali Azlan semasa sambutan tahun baru 2011. Menurutnya jua, dia sedang melakukan persiapan perkahwinan, dan dalam masa yang sama masih bekerja.

Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam.

Azza bakal bernikah di Masjid Bukit Antarabangsa Ahad depan selepas solat Zuhur sementara majlis resepsi akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak pada tarikh yang belum ditentukan.

Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami.

Pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur tetapi bercerai pada pertengahan November 2004. Mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. Lagi 3 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Azza.


Photobucket
PhotobucketPhotobucket




sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: