Jawatankuasa Khas Tentukan Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Sebelum ini Abang Nara ada menulis tentang lirik lagu Bawaku Pergi yang dikatakan mengalakkan remaja lari daripada rumah. Nampaknya isu ini telah pun sampai kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan pengharam lagu ini.

lagu bawaku pergi diharamkan

Lagu yang dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dan penyanyi baru Kaka ini dikatakan mengandungi mesej yang agak tidak sesuai kepada mereka yang mendengarnya. Namun apabila diminta untuk mengulas isu ini, Zizan berkata kepada portal Murai:-

Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah. Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan. Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik ‘ku menunggumu seribu tahun’ tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan lirik lagu ini. Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja

Sementara itu pencipta lagu Bawaku Pergi iaitu Malique Too Phat berkata kepada wartawan Mstar yang lirik lagu tersebut adalah imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. Kata Malique:-

Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini.

Apa pendapat anda?



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments