Permintaan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar Ditolak Aktor Hollywood, Owen Wilson

Kasihan Fahrin Ahmad. Hajatnya untuk bergambar dengan bintang Hollywood, Owen Wilson tidak kesampaian bila aktor itu menolak permintaannya. Peristiwa berlaku semasa Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 malam semalam.

Excited dengan kehadiran aktor yang mula dikenali menerusi filem Shanghai Noon, Fahrin sememangnya tidak sabar-sabar mahu berjumpa aktor tersebut dan menyatakan keinginannya untuk berjumpa aktor itu kepada wakil portal hiburan Daily Chilli.

Sebaik saja selesai acara bersama media, Fahrin yang merupakan selebriti Red Ribbon Malaysia untuk malam tersebut, telah membuat permintaan untuk bergambar dengan aktor itu, tetapi ditolak Owen dan pengiringnya.

Mungkin juga Owen letih kerana penerbangan dari Los Angeles sebelum itu, atau mungkin dia tidak menyedari yang Fahrin ialah selebriti Red Ribbon Malaysia. Tetapi Fahrin yang budiman tampak tidak kisah, sebaliknya berkata dia rasa bertuah diberi penghormatan untuk menemui bintang Hollywood, dan berharap akan diberi peluang yang sama lain kali.

Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 ialah majlis untuk meraih dana bagi Yayasan Aids Malaysia dan Projek Kemiskinan Global semasa Petronas Malaysian Grand Prix.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments