Rumah Mawi Dirompak, Rugi RM10,000

Ada berita yang kurang gembira untuk kita semua selepas kekenyangan makan tengah hari. Rumah Mawi di Bangi telah dimasuki perompak kira-kira jam 4 pagi tadi dan kerugian hampir RM10,000 dilaporkan. Yang penting, Mawi dan keluarga berada di dalam keadaan selamat.

mawi dirompak

Mengikut info yang ditonton menerusi TV3 sebentar tadi, Mawi khabarnya telah diikat oleh perompak. Mawi baru sahaja pulang daripada jelajah ABPBH di Johor Bahru sekitar jam 2 pagi sebelum rumahnya dimasuki perompak 2 jam selepas itu. Ketika kejadian, Mawi, ibu mertuanya, Ekin dan anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah.

Marilah sama-sama kita doakan agar Mawi dan keluarga bersabar atas dugaan ini. Semoga kesihatan Mawi dan keluarga tidak terjejas atas kejadian ini. Amin.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments