(TAHNIAH)Abby Abadi Kini Bertudung Selepas Pulang Menunaikan Umrah

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Abby Abadi kerana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi menerusi gambar di bawah.

gambar abby abadi bertudung

Bercakap kepada wartawan Mstar tentang keputusannya ini, Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah:-

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.

gambar abby abadi bertudung

Sekali lagi Abang Nara mengucapkan tahniah kepada Abby atas keputusan ini. Semoga segala urusan Abby selepas ini lebih dipermudahkan dan diberkati. Dan semoga cepat-cepat menemui jodoh kembali. Amin ~~



sumber:beautifulnara
_____________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments