Linda Jasmine Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Tengku Cleopatra Haidar

Jutaan tahniah diucapkan kepada Que Haidar dan Linda Jasmine yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan semalam. Bayi perempuan yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu telah selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.8kg pada hari Khamis jam 1.28 petang di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

anak perempuan linda jasmine

Linda Jasmine sengaja memilih tarikh 26 haribulan kerana anaknya yang sebelum ini turut lahir pada 26 haribulan. Apa yang penting, Tengku Cleopatra Haidar sekarang berada di dalam keadaan sihat walafiat. Kata Linda Jasmine:-

Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi.

Mengenai pemilihan nama Cleopatra, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita

Buat masa ini, Linda dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi gambar comel bayi mereka. Abang Nara pasti yang Tengku Cleopatra Haidar secomel mak dan ayahnya. Tahniah sekali lagi kepada Linda dan Que atas kelahiran ini. Kredit berita Mstar Online.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments