Salah Sebut Nama VVIP Dalam Majlis Rasmi, Pengacara Wanita Bergegas Tinggalkan Majlis

Pengacara ini sering mendapat pujian kerana kepetahan dan pengacaraan yang sangat baik dalam sebuah program. Kami dengar khabar ada yang tidak layan program itu sebelum ini, kini ternanti-nanti untuk menonton semenjak pengacara ini mengacarakan program tersebut.

Beberapa hari lepas, pengacara ini telah menjadi sebuah pengacara majlis penting di sebuah hotel ternama. Boleh tahan juga senarai VVIP yang hadir, tetapi tidak tahu apa masalahnya, pengacara ini telah salah menyebut nama beberapa orang kenamaan dalam salutasi skrip pengacaraannya. Menurut sumber itu juga, semua yang hadir tercengang melihat ketidaklancaran artis tersebut menjadi pengacara majlis, sedangkan ketika mengacarakan program di dalam televisyen nampak artis tersebut bijak dalam menyusun ayat.

Ada ketikanya seolah-olah artis tersebut tidak bersedia untuk menjadi pengacara majlis, mungkinkah kerana bayaran atau sebab-sebab yang lain? Tambah sumber, majlis agak berserabut pada penghujung acara kerana kesilapan artis tersebut, mujur ada seorang pelawak yang agak popular yang dapat menjernihkan sedikit majlis dari terus menjadi kacau akibat kesilapan artis wanita ini. Pelawak ini turut diundang untuk menjadi penyeri pada majlis pembukaan, namun pelawak tersebut diminta oleh pengacara tadi untuk berhenti mengarut pula.

Menurut sumber, pengacara ini tidak ada masalah begitu semasa raptai. Tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan dia salah menyebut nama-nama orang kenamaan tersebut. Khabarnya juga, pihak yang mengundang pengacara ini telah dipersalahkan kerana kesilapan pengacara itu selepas majlis selesai. Menurut sumber ini juga, pengacara itu bergegas meninggalkan majlis selepas berakhir.

Kesilapan seperti ini sememangnya mimpi ngeri untuk pengacara majlis, apatah lagi majlis tersebut dihadiri orang-orang penting dalam negara. Yang sudah penjadi pengacara berpuluh tahun pun boleh membuat kesilapan (seperti pengacara yang salah menyebut nama Owen Wilson dalam satu majlis mewah).

Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada artis tersebut untuk fokus kepada majlis, dan tidak salah untuk menunggu selepas majlis bagi beramah -tamah dengan hadirin.

Tambahan pula beliau seorang selebriti yang popular, ramai yang mahu berjumpa dan bergambar dengannya.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments