Thursday, April 26, 2012

Sheila Majid Nantikan Isu Cetak Rompak Selesai Untuk Keluar Album Baru

Filled under:


Rasanya bukan Sheila Majid seorang yang risau dengan masalah cetak rompak yang tidak berkesudahan ini. Terbitkan album ratusan ribu ringgit, tunggu 24 jam & semua boleh download dari 4shared.com. Apa kes?

Sheila Majid berkongsi perasaan tentang situasi industri muzik Malaysia ketika membuat persembahan khas kepada para setiausaha di restoran berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur baru baru ini.

Menjawab soalan salah seorang peminat beliau yang setia menantikan buah tangan terbaru dari Sheila Majid, penyanyi yang mula mendapat jolokan legenda hidup ini berkata beliau sedang menanti isu cetak rompak untuk selesai.

“Dengan teknologi yang ada di’sekeliling kita sekarang, agak sukar untuk saya terbitkan album & mendapatkan semula pelaburan saya. It just doesn’t make any business sense anymore.” ujar Sheila Majid.

Sheila Majid menambah yang kini masalah besar bukan cetak rompak itu sendiri, tetapi mentaliti rakyat Malaysia yang gemar memuatturun lagu secara percuma yang menjadi kerisauan.

“Tetapi saya tetap keluarkan single terbaru sekali sekala untuk mengubat kerinduan para peminat saya. Tetapi untuk sebuah album penuh, let some smart people figure something out first,” tambah Sheila Majid.



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: