Zahida Rafik Perjelas Hubungan Dengan Shafie Apdal

Sepatutnya Abang Nara menulis informasi lebih cepat kerana ianya telah keluar di Harian Metro semalam. Namun bak kata omputeh, better late than never. Semoga dengan penjelasan ini, semua orang tidak lagi mengaitkan Zahida Rafik dengan Datuk Seri Shafie Apdal.

zahida rafik

Secara rumusan, Zahida Rafik menyatakan segala tuduhan yang ditimpakan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Berikut ialah penjelasan daripada mulut Zahida sendiri:-

Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu. Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan saya berdiam diri sehingga masa yang sesuai.

Apabila ditanya mengenai sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis oleh Zahida Rafik dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima sejumlah wang RM1.5 juta daipada Shafie sepanjang Oktober 2011 sehingga Januari 2012, Zahida menafikan perkara tersebut:-

Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya. Saya tidak menyangka yang saya terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Zahida sendiri hairan bagaimana dirinya boleh terjebak dengan khabar angin yang dia mempunyai hubungan dengan Shafie sedangkan masalah utama yang diketengahkan kepada media sebelum ini adalah laporan polis yang dibuat selepas bekas pemandu peribadinya melarikan wang sebanyak RM200,000. Kata Zahida:-

Oleh itu saya tetap fokus untuk memastikan bekas pemandu peribadi saya itu dihadapkan ke muka pengadilan. Itu saja keutamaan saya ketika ini. Soal surat terbuka di Internet dan segala fitnah lain itu biarlah pihak berkuasa dan peguam saya uruskan. Saya tetap optimis dan sentiasa berfikiran positif kerana percaya ini semua asam garam menjadi artis popular. Ada sahaja pihak yang ingin ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya atau mungkin ada agenda tersembunyi. Namun Alhamdulillah kerana saya memiliki keluarga dan sahabat yang tidak henti-henti menyokong dan memberi semangat kepada saya

Diharap dengan penjelasan panjang lebar ini semua orang akan berpuas hati dan tidak menimbulkan khabar angin yang tidak sepatutnya terhadap Zahida Rafik. Kesian pulak Abang Nara tengok dia. Dan semoga kes ini dapat dibawa ke mahkamah secepat mungkin sekaligus memungkinkan keadilan ditegakkan. Kredit berita Harian Metro.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments