Monday, May 14, 2012

Joey Lupa Anak, Kali Terakhir Hulur Nafkah 2 Tahun Lepas

Filled under:

Bergenang air mata Abang Nara membaca luahan hati bekas isteri Joey, Noraini Mohd Nasir. Rasanya semua tahu yang Joey pernah berkahwin dengan Noraini dan mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga seorang anak angkat yang diberi nama Zidani. Kini selepas berkahwin dengan Watie Elite, Joey telah pun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak angkatnya tersebut.

joey lupa anak

Mungkin ada yang berkata Joey sememangnya tidak wajib bertanggungjawab kerana Zidani sekadar seorang anak angkat. Namun apabila anda membaca kata-kata daripada Noraini, pastinya anda akan berfikir 2, 3 kali sebelum berkata sebegitu. Kata Noraini:-

Dulu, Joey yang beriya-iya sehingga menangis ketika menyambut Zidani di hospital. Kini hanya Tuhan yang tahu beban yang ditinggalkan untuk saya. Siang malam saya bekerja untuk membesar Zidani, kami terkontang-kanting untuk hidup. Amanah Tuhan terus dibuangnya bagaikan sampah! Saya hiba setiap hari Zidani akan bertanya ‘kenapa baba tidak balik bekerja?’ Mungkin juga sudah tiba masanya saya mahu memberitahu Zidani, baba sudah mati. Seingat saya hanya RM1,000 duit belanja anak diberikan, itupun kira-kira 2 tahun lalu ketika meninggalkan kami. Sejak itu yuran sekolah, makan minum, pakai dan sakit pening ayah tidak pernah diambil peduli. Sampaikan anak bersekolah di mana pun dia tidak tahu

Sedih kan? Bagi Abang Nara, walaupun sekadar anak angkat, oleh kerana keputusan untuk mengambil Zidani sebagai anak telah dibuat bersama-sama, sepatutnya Joey ada rasa tanggungjawab untuk membesarkan anaknya. Kata Noraini lagi:-

Dua kali Zidani sakit teruk, jangan kata nak datang jenguk, hulur lima sen pun tidak. Joey cakap dengan kawan-kawannya saya tidak memberinya jenguk anak, itu satu pembohongan! Joey pernah terbabit dalam penggambaran berdekatan dengan rumah tidak lama dulu, jangan ingat saya tidak tahu, tapi itupun dia tidak menjenguk anak. Apa salahnya singgah sekejap, hantar duit RM50 pun tidak mengapa. Takkan saya nak menghalaunya jika dia ketuk pintu rumah nak jenguk anak. Saya pun kasihan pada Zidani, nama ‘baba’ tidak pernah lekang daripada bibirnya biarpun sudah 2 tahun Joey meninggalkan kami.

Hmmm… Abang Nara berharap sangat agar Joey membaca luahan kata-kata bekas isterinya ini. Kalau pun dah tak sayang isteri, kebajikan anak haruslah dijaga. Kalau tak nak jenguk pun, hulurlah duit supaya dapat meringankan beban bekas isteri anda. Tak kasihan ke tengok anak hidup susah?


sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: