Roam Holidays Melantik Imran Ajmain Jadi Duta Kerana Media Sosial


Kalau kami bergelar selebriti dan di’beri pilihan untuk menjadi duta, syarikat pelancongan akan berada dalam senarai teratas pilihan kami. Maklum’lah kaki melancong.

Roam Holidays merupakan syarikat pengurusan pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej percutian ke seluruh dunia juga Malaysia & Singapura kini mempunyai duta baru.

Mereka telah melantik Imran Ajmain bermula April 2012 yang lalu sebagai duta syarikat mereka atas minat penyanyi ini sendiri yang gemar melancong ke serata tempat.

Selain daripada itu, pengaruh Imran Ajmain yang kuat di dunia media sosial juga menjadi sebab kenapa beliau kini menjadi duta Roam Holidays.

Twitter sahaja, penyanyi kelahiran Singapura ini memiliki hampir 65,000 pengikut.

Bulan lalu, Imran Ajmain di’bawa khas oleh Roam Holidays ke Perth, Australia sebagai lokasi percutian pertama beliau dan respons peminat melalui media sosial sangat menggalakkan.

Mereka tidak akan berhenti di’situ kerana Imran Ajmain akan turut ke lokasi popular lain seperti Jepun, negara-negara Timur Tengah dan juga Eropah dalam masa setahun beliau bergelar duta ini.

Berminat untuk sertai percutian Imran Ajmain ke Singapura? Jadi pengikut Imran Ajmain di Twitter (@ImranAjmain) atau Instagram (imranajmain) dan juga Roam Holidays sendiri (@LETSROAM) untuk kuiz khas mereka. Jangan tunggu kerana peluang bukan datang selalu.



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments