“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun.
Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu?


0 Comments