Intan Ladyana: Kamal Miliki Ciri Teman Ideal

http://gua.com.my/photobank/article/1/19/905614C323DF473ABF53C457C1A33412.jpg

Bukan mudah untuk Intan Ladyana bercerita tentang kisah peribadinya. Jika boleh, ingin disoroknya dari pengetahuan umum kerana hal peribadi sepatutnya sesuatu yang 'private'. Tetapi bila sudah berstatuskan selebriti, semuanya terdedah untuk penelitian awam.

Ditemui tengah hari tadi ketika sesi pelancaran drama 'Bio-Nik', jelas kelihatan ketidakselesaannya bercerita tentang kontroversi yang sedang melanda hidupnya. Namun apakan daya. Kerana ingin melerai kekusutan di fikiran semua, terpaksa juga dijawab persoalan yang diajukan.


Apa sebenarnya status Intan dan Kamal?
Memang saya girlfriend dia ... dalam cerita ini (‘Bio-Nik’).

Di luar cerita?
(terdiam seketika)

Tak pasti status perhubungan kamu?
Bukan tak pasti cuma biar saya yang tahu jawapannya. Siapa yang tahu, tahu. Siapa yang tak tahu, biarlah begitu. Tapi saya akui, kami rapat. Empat bulan penggambaran, setiap hari berjumpa, lepak bersama, lama-kelamaan kami pun rapat.

Rapat yang macam mana?
Terpulang pada pandangan orang untuk mendefinisikannya.

Khabar angin mengatakan Kamal punca perpisahan Intan dan bekas teman lelaki?
Sudah lama wujud isu diantara saya dan dia (bekas teman lelaki). Tidak adil untuk katakan perpisahan kami sebab saya mempunyai Kamal atau rapat dengan orang lain. Ia berlaku secara beransur-ansur. Paling utama, kesukaran saya untuk meluang masa dengannya. Selesainya shooting, saya hanya nak balik rumah dan tidur. Terpulang pada orang sama ada faham atau tidak.

Melihatkan faktor masa masalah terbesar, pernahkah di cadangkan agar Intan kurangkan aktiviti seni atau mengundurkan diri dari industri hiburan?
Pernah tetapi saya tidak boleh menerimanya. Dia bukan dalam bidang ini, jadi dia tidak memahami kerjaya saya sebagai seorang artis, di mana masanya tidak menentu.

Adakah Intan dan dia masih berhubungan?
Ada tapi jarang. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Kami baik tapi tak kawan, so tak baik sangatlah (tersenyum). Kami tidak berkawan bukan kerana gaduh teruk. Kalau boleh saya nak kami terus menjadi kawan. Bagi saya, apa salahnya. Saya masih berkawan dengan bekas teman lelaki saya dulu. Mungkin dia merasakan kami tidak boleh lagi berkawan.

Jika dia ingin kembali bersama Intan suatu hari nanti?
Tak boleh dan kami tak akan kembali bersama.

Adakah Intan fobia untuk memulakan percintaan baru selepas ini?
Tidak. Setiap perhubungan itu berbeza dan kita belajar dari kesilapan dulu agar tidak mengulanginya dan membuat yang terbaik. Apa yang Intan pelajari dari perhubungan terdahulu adalah betapa penting untuk adanya pemahaman dan kepercayaan sesama pasangan.

Adakah Kamal memiliki ciri-ciri pasangan ideal yang dicari Intan?
Ya, dia seorang yang baik, penyabar dan memahami saya.

Harapan Intan untuk persahabatan ini.
Saya mengharapkan semuanya okay, lancar. Tiada sesiapa yang inginkan persahabatan mereka bermasalah. Kesilapan yang lalu saya harap tidak berlaku lagi.


Post a Comment

0 Comments