Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Engku Aleesya


Bertempat di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman di Penchala, sebuah majlis serba sederhana diadakan. Mangga Online turut diundang ke majlis aqiqah dan cukur jambul puteri sulung Erra Fazira dan suaminya Engku Emran.alt

Wah! Meriah sungguh keadaan apabila saya sampai di sana. Dengan kumpulan wanita yang sedang marhaban dan berzanji sebelum majlis dimulakan. Keadaan agak sesak dengan kehadiran beberapa wakil media dan jurufoto serta jurukamera. Malah rasanya Erra dan Emran turut mengupah beberapa jurukamera profesional petang itu.

Erra juga tidak lokek dengan senyuman tatkala membawa Engku Aleesya keluar dari bilik menunggu ke dalam dewan. Jelas terpancar naluri keibuannya apabila dia membuai dan berututur dengan manja tatkala Aleesya merengek di dalam buai. Emran juga tampak segak berbaju Melayu. Emran juga kelihatan seperti seorang bapa yang bangga dengan anaknya. Jelas tampak kemesraan di antara mereka tiga beranak ketika majlis mencukur jambul dilaksanakan di mana Emran memangku Aleesya manakala Erra memegang dulang.alt

altWalaupun Aleesya baru masuk tiga bulan, ini bermakna Erra baru selesai berpantang. Cepat badannya kembali ke asal!

altBeberapa rakan artis kelihatan turut hadir petang itu antaranya Zaibo, Umie Aida, Betty Banafe, Zahida dan beberapa orang lagi.

Buat peminat Erra Fazira jangan lepaskan peluang menyaksikan lebih banyak foto-foto sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah Engku Aleesya di dalam segmen Foto Cun Mangga. Buat Emran dan Erra, tahniah dan terima kasih kerana mengundang kami. Jangan lupa undang kami untuk majlis ulangtahun pertama Aleesya ya?

Post a Comment

0 Comments