Kepada pencinta makanan di luar sana, pasti anda sentiasa menantikan tawaran istimewa untuk menikmati sajian kegemaran anda bukan? Ini ada berita baik buat anda. Bermula hari ini hingga 15 Mac, pastikan anda berkunjung ke The Gardens, Mid Valley City untuk menjamu selera. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut, The Gardens memberi berpeluang kepada anda untuk menikmati aneka juadah menyelerakan sambil menikmati pelbagai tawaran menarik. Hendak tahu mengapa?
Ini kerana pusat membeli-belah ternama itu sedang menganjurkan promosi makanan yang dinamakan ‘Temptations of Taste’ yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa daripada semua premis makanannya. Dari bakeri dan kafe hinggalah ke restoran atau bistro, pencinta makanan boleh memuaskan selera setiap kali berkunjung ke sana. Sebut sahaja makanan yang anda gemari, semuanya tersedia di sana. Antaranya sajian kegemaran tempatan, masakan India, pasta, burger dan banyak lagi.
Sementara itu, jangan lupa dapatkan sisipan istimewa The Gardens’ ‘Temptations of Taste’ untuk menikmati pelbagai promosi hebat. Sekiranya anda berbelanja sekurang-kurangkan RM250 dalam satu resit di The Gardens, anda layak mendapat baucer makanan percuma dari restoran terpilih seperti Go Gung, Italiannies, Gurney Drive dan Cinnamon. Terdapat lebih daripada 2,500 baucer yang perlu direbut sepanjang promosi istimewa ini. Jadi, tunggu apa lagi? Cepatlah berkunjung ke The Gardens!
0 Comments