SUMBER:GUA.COM.MY
Dunia web kini rancak bercerita tentang laman social networking dan blog mikro, Twitter.com. Semakin ramai yang menggunakan servis ini untuk berhubung dengan rakan-rakan dan famili secara ringkas dan cepat. Kalau laman blog konvensional digunakan ramai untuk menceritakan hal-hal peribadi atau meluahkan pendapat secara lebih panjang, jumlah perkataan yang dibenarkan di Twitter adalah terhad, sekaligus “update”nya juga adalah pendek dan “straight to the point”.
Lebih menarik lagi, semakin banyak organisasi seluruh dunia dan individu terkenal turut mula menggunakan Twitter. Sudah tentu ini perkembangan yang menarik, kerana bayangkan, sesiapa saja boleh berkawan dan berinteraksi dengan selebriti terkenal seperti John Mayer dan Ryan Seacrest!
Kepada yang masih belum mencuba, senang saja untuk menjadi sebahagian dari keluarga Twitter. Daftarkan diri anda sama seperti di laman social networking yang lain, dan mula ikuti perkembangan rakan-rakan anda. Galakkan mereka untuk mengikuti anda juga.
Jika anda masih tidak berapa pasti bagaimana untuk mencari “rakan-rakan” baru yang “happening”, rujuk saja kepada senarai yang GUA sediakan ini:
Gua.com.my: twitter.com/Guamalaysia
Giuliana Rancic: twitter.com/GiulianaRancic
John Mayer: twitter.com/johncmayer
Paul Moss: twitter.com/paullmf
Ryan Seacrest: twitter.com/RyanSeacrest
8TV: twitter.com/8TV
CNN Breaking News: twitter.com/cnnbrk
Tony Fernandes: twitter.com/tonyfernandes
0 Comments