Dia kaget apabila suara pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia itu tiba-tiba terhenti ketika bercakap kata Diana.
Mujur ada suara lain di talian dan menjelaskan Zamarul pengsan dan terus menghantarnya ke Hospital Universiti untuk mendapatkan rawatan.
Zamarul dimasukkan ke dalam wad hampir tiga hari. Doktor yang merawatnya menjelaskan pelakon itu tidak menghadapi apa-apa masalah dan sesak nafas berlaku mungkin disebabkan dia terlalu stres atau penat bekerja.
Walaupun sebelum itu dia sudah menjelaskan kepada Zamarul supaya tidak terlalu memikirkan mengenai persiapan membabitkan majlis yang bakal berlangsung, kata Diana.
Diharapkan semoga Zamarul cepat sembuh dan buat Diana supaya bebanyakkan bersabar dengan keadaan tunang dan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang…
0 Comments