17 Again


Filem:
17 Again

Dibintangi oleh:
Zac Efron, Leslie Mann, Thomas Lennon, Michelle Trachtenberg, Sterling Knight, Melora Hardin dan Matthew Perry

Genre:
Komedi Romantik

Ulasan:
Filem yang ‘meletup-meletup’ di carta box office Hollywood ini telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam. Filem arahan Burr Steers yang dibintangi oleh bintang ‘High School Musical’ Zac Efron ini tidak banyak bezanya dengan filem-filem yang ‘seangkatan’ dengannya. Maksud GUA filem yang membawa penonton berundur ke tahun-tahun sebelumnya seperti filem ‘13 Going To 30’, lakonan Jennifer Garner. Semuanya tentang peluang kedua. Siapa yang tidak mahu peluang kedua? Kalau boleh, ramai yang ingin kembali ke zaman remaja untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. GUA sendiri mahu. Inilah yang dihidangkan oleh ‘17 Again’. Ia mengisahkan tentang kehidupan Mike O’Donnell (Zac Efron / Mattew Perry).


Semasa berada di sekolah tinggi, Mike merupakan seorang bintang bola keranjang yang sangat berbakat dan diminati ramai gadis. Masa depannya cukup cerah sekiranya dia berada di laluan yang betul, bagaimanapun Mike tinggalkan semuanya apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Scarlet yang sedang hamil. Selepas 20 tahun, Mike masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi. Selain daripada gagal dalam perkahwinan, Mike juga tidak berjaya dalam kerjaya. Keadaannya yang tidak tentu arah membuatkan Mike ingin kembali ke zaman kegemilangannya. Dia mahu memperbetulkan keadaan.


Suatu hari apa yang diinginkan olehnya menjadi kenyataan. Mike kembali berusia 17 tahun. Namun, perancangannya untuk memperbetulkan keadaaan menjadi sebaliknya. Satu insiden telah membuatkan Mike berfikir semula. Kesempatan itu digunakan oleh Mike untuk merapatkan hubungan dengan isteri dan anak-anaknya. GUA puji lakonan Zac Efron dalam filem ini. Dia nampak tidak kekok ketika berciuman dengan wanita lebih tua daripadanya. Dengan kata lain, Zac berjaya menjiwai watak yang diberikan. Selain itu, walaupun ini bukan filem muzikal, tetapi pengarahnya tetap menggunakan kebolehan Zac Efron dalam tarian. Setiap kali ada adegan perlawanan ingin dimulakan, pasti ada nyanyian dan tarian ala-ala ‘High School Musical’. Mungkin ini salah satu percaturannya untuk menarik minat gadis-gadis remaja untuk ke pawagam.


Apa pun, GUA terhibur dengan filem ini. Walaupun jalan ceritanya klise, tetapi bolehlah untuk ditonton bersama rakan-rakan. Kalau anda seorang yang suka melayan perasaan, ada juga babak-babak yang menyentuh perasaan.

Info:
Zac Efron mula mendapat perhatian apabila dia muncul dalam filem ‘High School Musical’ sebagai Troy Bolton pada tahun 2006. Melalui filem ini, Zac telah memenangi Teen Choice Award apabila dia mula menjadi kegilaan ramai gadis remaja.

Post a Comment

0 Comments