Album berkembar Hazami

Hasil kerja Hazami sememangnya diakui. Sebab itulah dia banyak menghasilkan lagu untuk artis tanah air. Biasanya komposer ni kena teliti menghasilkan lagu sendiri, takut nanti ada yang akan kata cipta lagu untuk penyanyi lain sedap, tapi lagu sendiri ala-ala sahaja.

Sebab itulah Hazami ambil masa selama dua tahun menyudahkan album terbarunya. Lebih istmewa album keempat dan kelimanya dipasarkan dalam pakej berkembar. Maknanya dua album dijual bersama.

Album keempat ialah album yang memuatkan lagu-lagu Inggeris sepenuhnya berjudul Running manakala album kelima dengan kesemua lagu Melayu yang menggunakan judul Yang Pertama. Lebih istimewa, album itu diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Hazami Records.

"Saya menerbitkan album Inggeris kerana itulah impian saya sejak dulu. Saya harap ia akan membawa kejayaan," kata Hazami pasal album Inggerisnya.alt

Jangan pula ada pihak terutamanya stesen radio yang memandang sepi album Inggeris artis tempatan sebagaimana yang terjadi kepada penyanyi terdahulu. Apabila sebut lagu Inggeris, mereka biasanya utamakan lagu dari luar, dari Barat.

Nasib sama juga terjadi kepada penyanyi Cina dan India tempatan yang kurang mendapat sokongan apabila bersaing dengan artis dari Hong Kong dan Taiwan bagi penyanyi Cina manakala artis India pula bersaing dengan album dari India.

Album Running memuatkan lagu-lagu What's Left of Me, Wanna Be With You, Cant't Go On dan banyak lagi. Album Yang Pertama pula menyandarkan lagu-lagu Yang Pertama, Petanda dan Kenangan Cinta Bahagia.

"Album berkembar itu akan dipasarkan tidak lama lagi, sekarang kita mempromosikan lagu-lagu baru di stesen radio dulu," kata Pegawai Perhubungaan Awam Hazami Records, Bob Suliman.

Post a Comment

0 Comments