Gambar Faezah Ilai Pelakon Drama La Dolce Amira

Gambar gaya seorang gadis ceria segar dari Faezah Ilai, salah seorang pelakon utama dalam drama La Dolce Amira. Selain Faezah, drama 13 episod ini menampilkan Iqram Dinzly, Siti Elizad, Zaefrul Nordin dan ramai lagi. Telah menemui penonton mulai 26 Mei lalu, setiap Selasa, pukul 9 malam di TV3.

Faezah Ilai lebih layak dan sesuai untuk membawakan karektor Amira sebab dia lebih versatile dan mempunyai potensi untuk melakonkan watak ini berbanding Fouziah Gous dan Scha yang turut dipanggil untuk ujibakat lakonan dalam drama itu.

Tajuk drama bersiri La Dolce Amira pada mulanya diberi nama Si Lenggang Amira. Namun, tanpa semena-mena, tajuknya ditukar disebabkan tidak menarik. 3 tajuk diberi kepada TV3 dan tajuk ini telah dipilih sebab unik kerana mengikut judul buku yang ditulis oleh Amira. Maksud ‘La Dolce’ adalah ’si manis’ dan dalam buku itu Amira menulis tentang rakan-rakannya.

Post a Comment

0 Comments