Imran Ajmain tak teruja lagu Indonesia

Sekarang, stesen radio berebut-rebut nak memutarkan lagu-lagu dari Indonesia. Ia menggambarkan seolah-olah semuanya yang datang dari sana membawa konsep baru yang harus diketengahkan. Mengapa? kerana orang yang menjadi panel pemilih itu bukanlah dari kalangan komposer lagu.

Padahal ada lagu baru yang dihasilkan sebenarnya mencuri idea yang pernah dihasilkan oleh komposer terdahulu, malah tak salah kalau dikatakan mereka juga sedang mengundur ke belakang dan membuat apa yang pernah komposer Malaysia atau Singapura hasilkan pada tahun-tahun 1970-an aau 1980-an.

Imran Ajmain mengakui dia tidak teruja dengan lagu-lagu dari Indonesia sebaliknya setia dengan lagu-lagu bernada Melayu. Sebab itulah album barunya berjudul Punca Dan Tindakan memuatkan lagu-lagu bernada Melayu. Dia lebih senang dengan konsep sedemikian.

"Sebenarnya lagu-lagu Camelia nyanyian Irwansyah atau lagu-lagu kumpulan ST12 ialah lagu-lagu bernada Melayu. Komposer terhahulu pernah menghasilkan lagu berkosep sedemikian, ia bukanlah konsep baru," kata Imran.

Post a Comment

0 Comments