Tomok menjuarai One In A Million di 8TV manakala Isma pula finalis Akademi Fantasia 7 di Astro Ria. Mereka mengambil masa beberapa lama kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
Tomok yang bakal muncul dengan album solo sedang sibuk di studio merakam lagu baru. Di samping itu undangan mengadakan persembahan juga semakin lebat selepas bergelar juara.
Isma juga turut merakam lagu baru bagi dimuatkan di dalam album kompilasi bersama finalis AF7. Kedua-dua mereka tampil dengan gaya baru yang ketara transformasinya.
Dalam majlis kesyukuran yang diadakan di rumah keluarga mereka di Alam Damai, Cheras pada 13 Jun lalu, peminat mereka tak melepaskan peluang memeriahkannya dan meraikan mereka.
"Inilah masa kami membalas jasa peminat yang mengundi kami semasa dalam pertandingan yang kami sertai. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami," kata Tomok
0 Comments