Maizawati Cari Publisiti Murahan?

Kes penceraian Maizawati dengan Akhil Hayy masih lagi dalam proses di mahkamah. Namun ada sesetengah pihak menganggap apa yang terjadi kat Maizawati merupakan satu tektik Maizawati sendiri untuk mencari publisiti. Biar betul? yang tue kiter tnya dengan empunya badan sendiri. (mesti ader penafian)

"Kalau nak cakap tentang populariti dan glamor, dah lama saya boleh buat kerana sejak dalam Tingkatan 2 lagi daya dah dapat tawaran jadi model, menyanyi dan berlakon. Tapi, saya tidak minat dengan semua itu. Saya lebih suka jadi surirumah dan menghabiskan masa dengan anak-anak saya.
"Malah waktu pernah ikut Ustaz Akil berceramah dulu, saya banyak kenal dengan sebahagian besar peminatnya. Mereka ini jugalah yang banyak bagi sokongan kepada saya apabila berlakunya kemelut dalam rumahtangga kami," jelas Maizawati.
Dia turut menafikan mencari populariti dengan menggunakan pihak media apabila pergolakan rumah tangganya tercetus.
"Saya hanya mempertahankan hak saya dan hanya minta dilepaskan. Saya memang mengikut saluran yang ditetapkan iaitu memfailkan tuntutan itu di mahkamah syariah. Kemudian barulah perkara ini keluar menerusi media, bukan sebaliknya.
"Bagi saya, ada masanya seseorang wanita itu berhak untuk bersuara. Saya hanya minta dilepaskan kerana saya rasa telah dipinggirkan. Saya tak pernah berniat untuk mengaibkan suami saya dengan cerita yang bukan-bukan. Saya tahu cerita hangat tentang suami saya pun adalah menerusi pihak media juga. Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di belakang saya.
"Tapi saya tidak mahu mengulas panjang sebab semuanya telah diserahkan kepada peguam saya. Menerusi peguam kedua-dua pihak, kita sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Saya harap anda semua sabar dan akan tunggu segala keputusan pada 15 Julai ini," katanya.
Tentang penampilannya yang sentiasa anggun, Maizawati berkata, sejak berkahwin hinggalah sekarang ini, memang begitulah penampilan dirinya.
"Waktu saya ikut Ustaz Akhil berceramah di merata tempat dulu, memang beginilah keadaan diri saya dan pemakaiannya saya. Saya memang sukakan jubah dan tudung," katanya yang sememangnya cantik dan dilantik menjadi duta Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH) (badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal). -Murai

Post a Comment

0 Comments