Misha & Jamal?

Jamal Meluah pada Misha



Penyanyi Jamal Abdillah macam guna peluang untuk luah perasaan kepada Misha Omar semasa mengadakan persembahan bersama dalam Konsert Amal Kasih Jamal Abdillah & Saleem di Dewan Pleno, Pusat Konvenyen Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 April 2008 lalu.

Jamal mengatakan dia menyukai Misha. Tak tahulah ia hanya skrip sebagai gimik persembahan ataupun Jamal sengaja mengambil peluang untuk meluahkan perasaan terhadap Misha. Tambahan pula Misha mengakui dia memang belum berpunya. Peminat bertepuk tangan dan menjerit apabila melihat aksi `gatal' Jamal yang macam mahu menggoda Misha di atas pentas.




Bunga ros merah ada makna tersendiri.

"Abang nak tanya, Misha ni dah ada teman istimewa ke?" tanya Jamal kepada Misha.

"Belum... saya masih solo," jawab Misha.

"Sesuailah.... abang pun solo juga sekarang," kata Jamal membuatkan Misha tersipu-sipu malu.


Namun Misha sporting dan mengikut rentak Jamal apabila dibawa berbicara pasal hati dan perasaan pada malam itu. Mereka berduet lagu Sandarkan Pada Kenangan pada konsert itu. Hilang sifat pemalu Jamal apabila mengusik Misha macam itu.

Post a Comment

0 Comments