KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Meyanaliza Rusli (Maya), 33,selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang ahli perniagaan, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, dirumahnya di Desa Pandan, di sini, kelmarin.
Majlis yang diadakan secara ringkas itu turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan yang sudah menjalin hubungan hampir empat tahun itu merancang melangsungkan pernikahan pada 26 Jun ini di Taman Tunku Abdul Rahman(TAR), Ampang, di sini.
Ketika dihubungi, penyanyi yang cukupdikenali menerusi lagu Matahari itu menjelaskan, dia bukan mahumerahsiakan majlis diadakan sebaliknya bagi menghormati kehendakkeluarga kedua-dua belah pihak.
Mengenai tempoh pertunangan yang begitu singkat dan tidak sampai sebulan, katanya keluarganya mahu mengikut amanat yang diberikan arwah bapanya.
seperti yang diketahui umum saya pernah bertunang lama sebelum ini tetapi tiada jodoh katanya lagi.
0 Comments