Mamat Exist sudah lafaz cerai

Pergolakkan rumah tangga penyanyi Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist, nampaknya belum menampakkan tanda-tanda untuk ke penghujung meskipun sebelum ini Mamat menyatakan masih ada harapan untuk berbaik semula dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila).

Dakwaan Mamat seperti disiarkan dalam Kosmo! pada Isnin lalu dipertikaikan oleh isterinya. Malah Shila juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Mamat tidak mungkin boleh diselamatkan gara-gara sikap penyanyi itu sendiri.
"Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu.
Menurut Shila, dia tidak mahu ada pihak membuat pelbagai andaian tentang pendedahannya ini. Malah dia juga bukan bertujuan untuk meraih publisiti murah atau sekadar suka-suka berbalas kenyataan di media.

Post a Comment

0 Comments