Penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy akan terlibat dalam sebuah program realiti yang berunsurkan keagamaan pada tahun hadapan. Tambah Akhil yang berumur 40 tahun itu, pihak ASTRO akan merujuk dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menghasilkan program ini. Dalam mendidik anak-anaknya pula, Akhil akan sentiasa menitikberatkan hubungan diantara mereka.
“Saya tidak percaya dengan keadah merotan, kerana itu menyalahi tuntutan agama Islam. Anak-anak boleh diberi amaran tetapi janganlah merotan sehingga mencederakan mereka. Saya lebih rapat dengan anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka bagaikan seorang sahabat,” ujar Akhil.
Selain itu, Akhil juga berkata Waheeda akan melatih salah seorang daripada anak lelakinya untuk menyanyi dan mengeluarkan album yang berjudul ‘Zikirallah.’
“Sebenarnya Waheeda sepatutnya menyanyi dalam album ini. Oleh kerana isteri saya itu telah berundur dari dunia seni, dia akan melatih salah seorang daripada anak lelaki kami untuk menyanyi.
Dalam pada itu, Akhil juga mengakui isteri barunya itu jarang masak di rumah dan beliau sering membawa keluarganya bersama apabila menghadiri sebarang majlis atau ceramah. Akhiri Akhil, isterinya suka membuat sarapan pagi ala-barat seperti sosej dan telur dadar untuk mereka sekeluarga.
0 Comments