Bercerita mengenai perkenalannya dengan Yanie, Aremeer menjelaskan sudah hampir 2 tahun lebih mengenali hati budi gadis tersebut. Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu.
"Kami masih belum bertunang lagi. Mungkin kami bertunang sehari sebelum bernikah. Saya tahu apabila bertunang, macam-macam cabaran akan dihadapi. Alhamdulillah setakat ini kami tak de apa-apa masalah. Selisih faham manja manja tu biasalah," ujarnya.Menyedapkan lagi perisa cintanya itu, Aremeer mengakui mencintai Yanie disebabkan karektor beliau yang memahami dan petah bercakap.
0 Comments