Dalam diam, rupanya Faizal AF4 sudah berkahwin 10 bulan!

Ini adalah berita yang sangat mengejutkan kami apatah lagi korang mungkin kerana dalam kerancakkan Faizal AF4 ni dilanda gosip yang boleh tahan juga hangat’nya, rupa-rupanya dia yang juga merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-4 ini sudah berkahwin sejak 10 bulan lalu. Woot!

“Saya mengaku sudah berkahwin pada 12 Februari 2009 di sebuah majlis kecil di Terengganu. Saya tidak menjemput media kerana memikirkan majlis itu diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja,”

Seperti gosip yang pernah kami tuliskan sebelum ini, memang benar bahawa gadis yang kini telah sah menjadi isterinya itu berasal dari Temerloh, Pahang.

Faizal juga menyatakan bahawa dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkahwinan mereka itu daripada pengetahuan media apatah lg masyarakat, namun keputusan itu dibuat kerana Faizal tidak mahu perkahwinan mereka itu disensasikan demi menjaga kepentingan isteri dan juga keluarganya.

Kata Faizal lagi, dia tidak pernah menceritakan perihal perkahwinannya itu kepada umum kerana tiada pihak yang pernah bertanya mengenainya. Kiranya No Question, No Answer la tu. Dalam pada itu, Faizal turut menafikan mengenai desas-desus yang dia berkahwin dengan gadis Temerloh itu kerana ditangkap basah.

“Saya bersumpah di sini saya berkahwin bukan kerana ditangkap basah. Malah, saya tidak pernah melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh,”

Hurm.. Kami pun dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Cuma seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, tahniah kami ucapkan buat Faizal kerana telah selamat ‘mendirikan masjid’. Kami doakan semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sebelum terlupa, isteri Faizal sekarang ni sedang mengandung lapan bulan. Maknanya, tak lama lagi Faizal akan menerima kehadiran cahaya mata sulung’nya. So, tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Faizal dan juga isteri. Semoga segalanya baik-baik belaka.

+ Sumber berita: Mstar Online

Post a Comment

0 Comments