Kesian pelakon Diana Rafar. Gara-gara lakonan menjadinya dalam drama seram Nenek Kebaya di TV3, dia ditakuti oleh kanak-kanak. Apabila dia ingin mendekati mereka, kanak-kanak menjauhkan diri kerana bimbang dengan kejahatan yang mungkin ditimpa ke atas mereka. Mereka sebenarnya terbawa-bawa watak Shamsiah lakonannya dalam drama itu.
Dalam drama Nenek Kebaya, watak Samsiah dimasuki roh jahat untuk membalas dendam membunuh keturunan suaminya. Watak itu juga digambarkan mempunyai kuasa sihir jahat menjadikan seseorang jatuh sakit dan sebagainya.Nampaknya lakonan Diana menjadi kalau boleh membuatkan Diana ditakuti di luar skrin. Itu tandanya lakonan Diana berkesan.
Agaknya sebab Diana belum lagi mendukung bayi. Kalau Diana dukung bayi agaknya mereka tak akan takut lagi sebab mereka nampak bayi selamat bersama Diana.
0 Comments