Liyana Jasmay Jelas Isu Restoran Mahal


"Saya tidak layak memberikan komen kerana restoran itu tiada kena-mengena dengan saya. Jadi, saya tidak tahu kenapa harga makanan di restoran itu terlalu mahal. Tetapi saya memang tahu yang harga makanan di situ agak mahal. Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ...," jawab Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini.




Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay menafikan Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati yang didakwa menjual makanan terlalu mahal itu adalah miliknya. Sebaliknya restoran yang terkenal dengan menu 10 jenis ikan sungai itu merupakan milik bapanya, Jasmay Shah, 56, yang diusahakan di bawah syarikat Besta Corporation Sdn Bhd sejak November 2008. Oleh sebab itu, liyana, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tidak layak untuk menjawab isu harga makanan yang dianggap mahal di restoran itu.

Post a Comment

0 Comments