Ac Mizal sah bukan pengacara Akademi Fantasia 8


Dengan "Statement" Ac Mizal di media cetak dan elektronik hari ini, sahlah bahawa beliau tidak lagi menjadi Hos rancangan realiti Akademi Fantasia untuk musim ke 8 tahun ini.Berikut "statement" atau cerita mengenai pengunduran AC walaupun belum lagi diumumkan siapakah akan menjadi hos untuk musim ke 8.

Mengulas mengenai pengundurannya, AC berkata, perasaannya bercampur-baur mengenai keputusan besar itu. Dia yang mengakui lega dan sedih dengan pengunduran itu menganggap AF sebagai pentas keramat yang menguji kebolehannya sebagai pengacara.

"Jujurnya saya rasa lega dan sedih dengan keputusan ini. Saya lega sebab tidak rasa tekanan besar untuk mengacarakan AF lagi. Tapi pada masa yang sama, sedih juga sebab tak dapat nak mengacarakan program ini lagi. Saya terpaksa lepaskan tugas yang cukup istimewa itu demi komitmen pada cabang perniagaan. Namun, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengendalikan program hebat seperti AF selama dua musim. Dengan menjadi pengacara AF, saya sudah tiada apa lagi yang hendak dibuktikan dalam bidang pengacaraan,"
ujar AC.

Bercerita mengenai faktor pengundurannya, AC berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada program itu kerana komitmen terhadap bisnes di bawah syarikatnya sendiri, AC Konsortium.

"Memang sejak dulu lagi saya ingin menjadi usahawan. Alhamdulillah peluang itu sudah terhidang di depan mata hari ini. Niat saya adalah untuk memanfaatkan kelebihan ini membantu orang lain pula. Bukan saya tidak mahu mengacarakan AF lagi, cuma saya tidak dapat membahagikan masa antara bisnes dan AF. Saya terikat dengan seminar bisnes hampir setiap minggu. Sebelum saya menghampakan mana-mana pihak di kemudian hari, lebih baik saya buat keputusan ini sekarang,"
katanya.

Zainir mahupun Azlin bagaimanapun enggan mengumumkan pengganti AC untuk AF musim ini. Sidang media rasmi mengenai hos baru AF akan diadakan pada minggu depan.

Post a Comment

0 Comments